Catatan

Satu Geran Banyak Nama

Imej
Memandangkan harga rumah siap dibina atau di dalam pembinaan semakin mahal, ramai yang memilih untuk membeli tanah lot banglo untuk didirikan rumah di atasnya. Selain daripada itu juga adalah anda dapat memiliki keluasan rumah yang lebih luas, kerana kos untuk membina sebuah rumah di atas tanah lot sendiri juga adalah jauh lebih murah berbanding dengan membeli sebuah rumah melalui pemaju atau rumah sub-sale. Namun begitu, anda harus berhati-hati supaya pelaburan yang anda keluarkan untuk membeli sebidang tanah lot itu berbaloi. Jangan pula sampai duit dah habis, tapi habuk tanah lot pun tak dapat2..Oleh yang demikian, disini pihak kami senaraikan beberapa tips ringkas dan mudah dipraktiskan yang mungkin serba sedikit dapat membantu anda semua dalam urusan pembelian tanah lot ini. 1. Daripada pengalaman dan pemerhatian pihak kami, terdapat 2 keadaan dimana tanah lot banglo ini dijual:- i. Tanah lot yang telah dipecah bahagi daripada satu Geran Besar (Master Title) kpd Geran Individu...

Jadual Keluaran Setem 2016

Imej

peria katak untuk kesuburan

Imej
  Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia Selatan, Asia Tenggara, China, dan Caribbean untuk buahnya yang boleh dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia. peria katak ni sangat baik untuk diambik, dapat kurangkan gula dalam darah, turunkan tekanan darah dan elok juga untuk tingkatkan kesuburan tuan & puan . peria dibuang bijinya, kemudian di blender..minum jusnya pagi dan petang. kalau buat ulam pun boleh juga. Insya Allah "Bilangan sperma yang normal adalah sehingga 60 juta setiap sentimeter padu dan lelaki yang hanya mengeluarkan hanya 20 juta sperma disahkan mengalami masalah kesuburan" hasil ujian sp.... saya bawah ...

Nisa

Imej
Selamat hari jadi nisa (2 tahun dah saya).. lahir 31 Ogos 2013, sekejap je rasa masa berlalu..penantian kami hampir 9 tahun. akhirnya Alhamdulillah..Allah kurniakan kami Siti Khairunnisa Bt Amir azwan @ muaz. semoga menjadi anak yng solehah..permata ayah & mama...amin   Maksudnya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa.” (Surah Al-Imran: 38) Surah Al-Anbiya:21:89 “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”    

Beting Beras Basah 2015

Imej
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berangkat ke Beting Beras Basah bagi menjalani Istiadat Mencecah Kaki sekaligus menyempurnakan Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV. Baginda tiba di Jeti Bagan Datoh pada kira-kira 6.45 pagi. Ketibaan Sultan Nazrin Shah, yang lengkap berbaju Melayu coklat cair, disambut rakyat jelata yang menunggu sejak pukul 6 pagi dan baginda turut bersalaman dengan mereka. Sejurus itu, bacaan doa dan selawat diperdengar sebelum baginda, yang diiringi Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Afifi Al-Akiti, menaiki sebuah bot amphibian milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.   Sejurus tiba di Beting Beras Basah pada 7.20 pagi, Sultan Nazrin Shah mencelup kaki dan membasuh muka bagi menandakan bahawa baginda selamat sampai di situ. Selepas itu, doa dibaca oleh Afifi sebelum melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali diikuti beberapa orang Istana yang turut hadir....

Pertabalan Sultan Perak

Imej

Naik Gaji....

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 kakitangan awam kumpulan Gred 11 yang menerima gaji antara RM823 hingga RM850 pada hujung tahun ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Katanya kumpulan gred terendah dalam perkhidmatan awam itu yang terdiri daripada mereka yang memasuki sektor awam melalui Penilaian Menengah Rendah (PMR), antaranya pembantu am rendah, pembantu operasi dan pemandu, berpendapatan keseluruhan termasuk gaji dan elaun antara RM1,257 hingga RM1,275. Beliau berkata ia akan merupakan semakan keempat bagi Gred 11 setelah tiga kali semakan iaitu pada tahun 2002 dengan gaji minimum RM480, 2007 (RM649) dan 2013 (RM832). "Kerajaan memang prihatin kumpulan yang mendapat gaji minimum rendah. Kerajaan sedang merancang untuk memberi kenaikan gaji kepada mereka dan dijangka umum pada hujung tahun ini. Kita sedang mengkaji secara menyeluruh pada satu tahap yang bersesuaian. Kita...