Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... 1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain. 2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran. 3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan. 4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan. 5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat. 9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan. 10.utk jam loceng yg berdering pd...

comel

Imej
comel kucing ni..

kek

Imej
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terusmembawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan. ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Pada suatu pagi..

bertanya si isteri pada si suami. Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu? Suami : Kenapa? Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu? Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

pembantu rumah yang seksi

Imej
jangan marah...

prk hulu selangor

Imej
selamat mengundi warga hulu selangor...mengundi itu wajib,pilih pemimpin yang baik akhlaknya,adil,berilmu dan amanah.

restoran tandas

Imej
restoran berkonsepkan tandas,kalau ada kat malaysia ramai tak pelanggan yang datang...lihat,fikir,renungkan...(dengar cerita dah ada kat malaysia,kena pergi ni)

Tiger show

Imej
teringin nak tengok depan mata...

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin. Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu. Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. ...

karangan paling menarik

KEMALANGAN YANG PALING NGERI SAYA PERNAH ALAMI. Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Syarikat bekalan air belum ada teknologi untuk masalah ini. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori i...

Doktor

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar. Doktor : "Selamat petang..." Pesakit : "Selamat petang Doktor!" Doktor : " Ada masaalah apa ...?" Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..." Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan. Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..." Pesakit : "Apa caranya doktor?" Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..." Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?" Doktor : "Yang percuma kena sabar..." Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?" Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nant...

bagus punya ayah

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!" Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah. Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tu...

Sape Hebat

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia. Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk. Man : Wow! Bapa kau keja apa? Ali : Tukang gunting rambut.

Tiru

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru seman dalam exam. Bapa : Apa bukti awak? Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu" dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".

sudu

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari. Pesakit : Eh! tak boleh la doktor. Doktor : Kenapa? Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

Yang Akan Ikut Mayat...

1. Keluarga 2. Hartanya 3. Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu; 1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali 2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya. Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan.. · - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu · - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu · - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu · - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu." Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan... · - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah · - Mana Li...

syampu

Imej
apa komen anda...

Doa

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28) Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat: 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37) 2. ORANG YANG M...

apsal tak pos?

Seorang posmen yang datang menghantar surat. " Assalamualaikum " " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian, Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:- a. PENGANGKUTAN Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji. b. CUTI TAHUNAN Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad. c. WAKTU MAKAN TENGAHARI. 1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan. 2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi reha...

Yang mana satu rambut anda

1) RAMBUT LURUS -bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan 2) RAMBUT KERINTING TEBAL-kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung 3) RAMBUT KERENTING NEGRO -bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah 4) RAMBUT IKAL MAYANG-bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu. 5) RAMBUT HALUS/LEMBUT -bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh. 6) RAMBUT SIKIT-bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil. 7) RAMBUT PERANG-kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak lari daripada masalah. 8) RAMBUT TEBAL-bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang. ...

basikal

Imej
kereta sorong tu berat,macammana dia boleh imbangkan badan...tapi kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih

dapat award

Imej
terima kasih wadah bicara

burung apa man...

Imej
burung ni,saya jumpa kat tempat kerja...burung apa ye...

kesan gempa di padang

Imej
kesan gempa di kota padang pada tahun 2009..ini antara gambar yng saya sempat ambil dari atas bas...

tunang

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka. Farid : Mengapa? Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya. Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya. Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

menyamar konon

Imej

kawan

Imej
kata mak KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit...... kata atuk, KAWAN tu seperti air, terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana ..... kate sedare, kawan tu macam makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde........ kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN DAN MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan.... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia tetap kawan aku... itu cara aku berkawan..!! walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. walaupun kita punyai harta yg banyak, teman tetap paling berharga. (email dari kawan)

buah epal

Imej
bestnya kalau dapat petik sendiri...

lukisan kapur tulis

Imej
cantik...macam betul

lawak 2

Imej
Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri : Buku bank abanglah..

ketika....

1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah 4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka. 5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru...

kes buang bayi

Imej
jangan marah....gurau2 je

lawak 1

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

Kalau sampai Ipoh

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua oran...

ISTIDRAJ

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu . Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiN...

Persahabatan

Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. (email dari rakan)

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa jasad tetapi pada kemurniaan rohaninya. Lelaki yang cantik adalah:- 1. Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran 3. Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun 4. Lelaki yang tenang dan lapang dada. 5. Lelaki yang baik sangka. 6. Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hatinya. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kerana pejalnya otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:- 1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan. 4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. Kegagahan wanita berdiri di atas keteguhan imannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah RA adal...

Pantun Mari Sembahyang yang manja ……….

Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang, Bukan ke lebih beruntung daripada tiang, Berdiri tanpa roh malam & siang... Apasal la aku malas sembahyang, Kerja dah best keluarga pun dah senang, Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.... Apasal la aku malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang, Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang... Apasal la aku malas sembahyang, Main bola aku sanggup sampai petang, Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang, Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...? Apasal la aku malas sembahyang, Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang, Pagi Kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.... Apasal la aku malas sembahyang, Siksa neraka Cuba la aku bayang, Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!

cikgu maryam

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau bu...

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling ...

baju cinta

BAJU CINTA Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!" "Yang kau telanjang tu kenape!!!??? " marah si nenek. " Ala nek, ini la BAJU CINTA saya," balas si cucu perempuannya. "BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan. "Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek." Pinta si cucu dengan penuh hormat. Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ... Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia da...