Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Taming Sari

Imej
Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia dikatakan juga berupaya berlegar diudara ketika mengejar musuh walau ke mana sahaja musuh itu berlari. Keris adalah merupakan salah satu yang terdapat di jata negara yang megah khususnya kita sebagai rakyat Malaysia.Keris ini juga merupakan kebanggaan rakyat Malaysia,yang mana dahulu kala mempunyai sejarah tertentu mahupun asal usul.Terdapat banyak keris yang ada di negara kita tetapi yang paling popular pada zaman dahulu dan juga sekarang adalah yang dikenali sebagai Keris Taming Sari.Keris Taming Sari ialah keris yang telah digunakan oleh Laksamana Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka. Keris ini amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu ketika bertarung pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan ataupun kebal. Ia...

Program Kerjasama Strategik KK - Sime Darby

Imej
TELUK INTAN 19 Feb. - Kolej Komuniti mampu menampung masalah kekurangan tenaga kerja industri kelapa sawit tempatan dengan melahirkan tenaga mahir dalam bidang kendalian jentera ladang. Ini terbukti apabila 21 pelatih Kolej Komuniti Pasir Salak yang tamat kursus sijil kemahiran jentera ladang menerima tawaran bekerja daripada syarikat perladangan Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. (Sime Darby Plantation) semalam. Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan, Datuk Amir Md. Noor berkata, kesemua pelatih itu ditawarkan jawatan mekanik penyelenggara kejenteraan hasil program kerjasama strategik Kolej Komuniti bersama Sime Darby Plantation. Menurutnya, pengambilan tenaga kerja tempatan oleh Sime Darby Plantation diharap dapat membantu industri kelapa sawit daripada terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing. Berdasarkan statistik, katanya, daripada 491,339 pekerja dalam sektor kelapa sawit negara, 76 peratus terdiri daripada ten...

Menjejak warisan anak bangsa

Imej
Program Anjuran Unit Hal Ehwal pelajar dan Unit Belia dan Sukan mendapat kerjasama dan komitmen dari Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP KKGP, serta warga Felda Bersia. Tempat : Felda Bersia pada 22-23 Februari 2014.

Jom Masuk Kolej

Imej
  Mak dan Ayah dah tanya pasal yuran? pinjaman kewangan di #kolejkomuniti ? Bantuan kewangan? sekiranya pendapatan keluarga RM3000 dan kebawah, ANDA layak untuk mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300/bulanan ( mengikut terma dan syarat bantuan kewangan dan tertakluk pada pindaan). kami kongsi #checklist bagi pendaftaran pelajar baharu untuk #kemudahantempattinggal . Jom kongsi maklumat ini bersama r akan-rakan ANDA yang lain.Yuran semester RM200, Bantuan kewangan RM300 setiap bulan. Tahukah ANDA kerajaan sentiasa membantu rakyat bagi meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui #kolejkomuniti . #jommasukkolejkomuniti . kami kongsi #checklist bagi pendaftaran pelajar baharu untuk #pembiayaankewangan . Jom kongsi maklumat ini bersama rakan-rakan ANDA yang lain.

Jom Mohon Kursus

Imej
#pembelajaransepanjanghaya t di #kolejkomuniti menerusi #kursuspendek . ANDA ingin tambah kemahiran kemahiran sekaligus meningkatkan pendapatan?. Untuk permohonan secara online di http://epsh.jpkk.edu.my/ @ imbas 'QR code' @ 'walkin' ke Kolej Komuniti yang berdekatan. Pilih kursus yang ANDA berminat ! #jommasukkolejkomuniti

Ketua Pengarah

Imej
#perutusan2014 #saranankepadawargakolejkomuniti : Dalam keghairahan kita bekerja, di ingatkan juga agar kita tetap mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pendekatan 3K iaitu kesihatan, keluarga, dan karier. Dengan mengamalkan kesei mbangan dalam ketiga-tiga unsur ini, saya percaya, kita akan memperolehi kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna di samping mencapai kejayaan dalam kerjaya. Akhir kata, saya menyeru seluruh warga JPKK dan Kolej Komuniti untuk bersama saya bagi menggembleng tenaga dalam memberikan khidmat dan sumbangan yang terbaik pada tahun ini. Saya amat berharap setiap program sepanjang tahun 2014 yang telah dirancang dapat dilaksanakan denga n sebaik mungkin.