Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

KARI IKAN TONGKOL / IKAN KAYU

RESEPI KARI IKAN TONGKOL Bahan-bahanys : ● 1 ekor ikan tongkol - bersihkan dan dipotong2 ● 5 biji bendi - dipotong pangkal dan hujung ● 1 bji terung bulat - potong baji ● 1 biji tomato - potong baji ● 2 biji bawang merah - tumbuk ● 1 ulas bawang putih - tumbuk ● 1 cm halia - tumbuk ● 2 sudu makan cili giling ● 1 pkt kecil serbuk kari ● 1/2 cawan air asam jawa ● 1 cawan air ● 2 cawan santan pekat ● minyak secukupnya ● gula dan garam secukup rasa ● sedikit daun kari Cara memasaknya : 1. Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing. 2. Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih. 3. Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Selamat mencuba.

Cucur Udang Rangup

Kuali Mama 22 jam  ·  Resepi Cucur Udang Rangup Senang aja, caranya guna tepung gandum yang dicampur dengan tepung beras. Jom try resepinya kt bawah ni 👇 BAHAN 👇 1. Tepung gandum - 2 cawan 2. Tepung beras - hampir2 1 cawan 3. Udang saiz sederhana (udang harimau pon boleh) 4. Udang kecil 5. Ikan bilis - segenggam 6. Bawang merah dimayang nipis - 3 ulas 7. Daun kucai 8. Serbuk kunyit 9. Garam 10. Air (tiada dlm gambar) 11. Minyak masak (tiada dlm gambar) CARA 👇 1. Udang saiz sederhana di buang kulit dan dipotong2 2. Udang kecil dibuang kepala 3. Kemudian ambil satu magkuk besar 4. Masukkan kesemua tepung gandum + tepung beras 5. Masukkan garam / serbuk pati ayam 6. Gaul2 kan (kering tanpa air) 7. Kemudian masukkan kedua2 jenis udang & ikan bilis 8. Masukkan juga serbuk kunyit 9. Masukkan pula bawang & daun kucai 10. Masukkan air (agak2, jgn terlalu lembik) 11. Gaul2 biar sekata (warna & bahan2 nya) 12. Panaskan minyak yg banyak dlm kual...

CATATAN PENGALAMAN PUTRAJAYA ULTRA 100 KM

Fadel Noor Din 19 jam   ·    CATATAN PENGALAMAN PUTRAJAYA ULTRA 100 KM WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 7 DISEMBER 2019 - SABTU (7.00 PAGI) HINGGA 8 DISEMBER 2019 - AHAD (8.00 PAGI) Hai para pembaca semua. Rindu kan tulisan aku tak? Haha. Kalau rindu maka aku nak tulis lagi satu pengalaman larian aku, kalau tak rindu pun aku nak tulis gak aku tak kira. Mampuu? PENGENALAN Sebelum aku terus ke tulisan mengenai pengalaman aku join Putrajaya Ultra ni, aku nak kongsi sikit ape itu Putrajaya Ultra ni. Putrajaya Ultra ni nama sebenar event nya adalah Putrajaya 100 yang terkandung acara larian jarak 15km, 30km, 50km, dan 100km. Sebenarnya berbulan-bulan sebelum penyertaan Putrajaya Ultra ni dibuka, memang aku dah aim dah nak masuk event ni. Pastu bila penyertaan dah dibuka, aku pun cek la apa kategori yang ada, dan aku tengok cuma ada kategori 15, 30, 50 dan 100 sahaja. Jadi aku pun masih was-was lahh nak masuk ke tak sebab aku teringin nak join yang jarak 70k...

Lapar

Faizul Ibrahim 19 min  ·  Baru lepas sarapan tiba-tiba tengok fb / IG tentang makanan tersus nak cari makanan itu. Apa kata kita lihat dulu lapar kita itu samada 'lapar manja' (craving) atau lapar sebenar (hunger) LAPAR SENENAR (Hunger) 1. Lapar itu datang dari perut ke otak ( perut ada bunyi) 2. Laparnya datang sedikit demi sedikit pergi ke otak 3. Otak akan kata "makan apa pun ok yang penting kenyang." 4. Rasa syukur dan puashati lepas makan LAPAR MANJA (Craving) 1. Datang dari otak ke perut 2. Datang secara tiba-tiba dan mendadak 3. Otak terus minta makanan yang spesifik. Contohya "aku nak blueberry cake di kedai kak Ani." 4. Lepas makan otak kata "Alamak aku termakan disini pula. Esok aku mula buat taubat." Waktu lapar sebenar elok sangat makan. Waktu lapar manja elok gantikan fikir makan kepada fikir perkara lain. Fikir exercise apa yang sesuai nak buat petang ini. Atau ganti dengan minum air...

Sunnah

Pak Sheikh Din 3 jam  ·  ASSALAAMU'ALAIKUM Koleksi Simple Sunnah Rasulullah SAW. *Simple Sunnah - 1* 1. Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan. 2.Tutup kepala bila masuk tandas. *Simple Sunnah - 2* 1. Kibaskan tempat tidur. 2. Permulaan tidur mengiring sebelah kanan. 3. Kepala menghadap kiblat. 4. Baca doa tidur. *Simple Sunnah - 3* 1. Minum dgn tangan kanan. 2. Minum duduk. 3. Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah. *Simple Sunnah - 4* 1. Datang awal ke masjid. 2. Berjalan kaki ke masjid. 3. Berwuduk dari rumah. 4. Baca doa masuk dan keluar masjid. *Simple Sunnah - 5* 1. Masuk tandas pakai alas kaki. 2. Buang air duduk. 3. Masuk tandas tak boleh lama2. 4. Jangan makan & minum dalam tandas. *Simple Sunnah - 6* 1. Bangun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur. 2. Kemas tempat tidur. 3. Bersihkan diri. *Simple Sunnah - 7* 1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri. 2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang. 1 sampa...

HATI YANG SIHAT

Imej
Puteri Yusof 29 November jam 6:16 PTG  ·  UNTUK HATI YANG SIHAT, KAWAL GULA DALAM DARAH, MAKAN SAYUR DARI KELUARGA CRUCIFEROUS INI. Ini tips untuk anda yang dah konsisten cerai gula/ No Sugar Challenge dan yang sedang buat detoks berjadual (1-2 minggu setiap bulan). Apabila kita dah buang gula berlebihan dalam badan, hati kita akan semakin sihat. Dan untuk sihatkan lagi hati dengan zat yang padu, kita boleh tambah menu sayur dari keluarga cruciferous ini. Sayur jenis ini kaya dengan sulfur dan selenium yang baik untuk organ hati. Ia juga kaya dengan vitamin B2, B3, B6 yang boleh mengawal paras gula dalam darah, elak rasa lapar yang kerap dan mengawal craving. Selamat mencuba dan klik SHARE kalau bermanfaat  💞 # CoachGula

potassium seimbang

Ternampak pulak orang share kekecohan cerita "susu pisang" jenama Nilofa yang dikatakan baik untuk kesihatan itu. Saya tak nak komen hal overclaim sebab itu bukan penting untuk posting ini. Cuma saya terpanggil nak kongsi dengan anda, tentang kandungan potassium dalam pisang sebenarnya bagus untuk kawal gula dalam darah dan elak risiko diabetes meningkat. Dalam satu kajian di University John Hopkins mengaitkan paras potassium yang terlalu rendah boleh tingkatkan risiko diabetes. Potassium ni sejenis electrolytes, jadi pesakit diabetes memang sangat mudah kehilangan electrolytes, terutamanya ketika gula dalam darah naik terlalu tinggi. (hyperglycemia). Tapi PENTING kena ingat, makan pisang tu tak boleh pun sembuhkan diabetes lah, semata- mata nak kan potassium tu. Untuk pastikan kandungan potassium seimbang, kita kena ambil diet daripada sumber potassium yang pelbagai. Dan paling penting tak boleh biarkan gula dalam darah kerap naik tinggi sebab masa ni lah kit...

Air

Dr Zubaidi Hj Ahmad 21 jam  ·  TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR "Doktor saya bukan tidak suka minum air. Saya tidak suka pergi bilik air banyak kali" tanya seorang peserta dalam sebuah perkongsian yang dianjurkan oleh Olive House. Kita semua sedar, kita memerlukan air untuk tubuh kita. Namun masalah buang kecil yang terlalu kerap akibat minum iar yang menyebabkan kita terpaksa menghadkan pengambilan air seharian, sehinggakan kadang kala tidak mencukupi. Secara amnya tubuh kehilangan antara 5-8 gelas air setiap hari. Ia perlu diganti dengan minum air kosong secukupnya. "Makcik suka banyak kali pergi ke bilik air atau pergi banyak kali ke hospital ?" saya tanya semula sambil berjenaka. "Kalau boleh makcik tak mahulah ke hospital, doktor" "Makcik, minum air ini membantu kita lebih sihat. Ia dapat mengawal penyakit kita yang lebih ada dengan lebih baik. Kita membuang toksin dalam tubuh dengan lebih murah" jawab saya memberika...

Diet

Dr Zubaidi Hj Ahmad Suka Halaman 27 November jam 7:00 PTG  ·  Saya tidak faham bila ada yang mengaku melakukan diet, tetapi berat badan tidak pun turun. Ada pula yang mengadu  sering lapar ketika berdiet. Rasa bersalah bila makan berlebihan. Inilah dua perkara yang menjadi masalah mereka yang tidak memahami diet yang betul. Berat badan tidak turun dan rasa cepat lapar bila berdiet. Saya berikan tips mudah turun berat badan dan tidak kerap rasa lapar ketika berdiet. . 1. Minum air kosong secukupnya. Sekurang2nya 2.5-3.0 L sehari untuk dua minggu pertama. Individu yang kurang minum, akan berasa cepat lapar. . 2. Banyak makan buah-buahan dan kekacang sebagai kudapan. Ambil segenggam kekacang, atau sebiji dua epal yang dipotong, setiap kali lapar. . 3. Makan banyak sayur bila makan berat, sekurang-kurangnya setengah pinggan. Ambillah satu atau dua jenis sayur sama ada ulaman, yang dicelur, direbus atau ditumis. . 4. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nas...