Catatan

Gula

Imej
Bila Makan gula Hormon Insulin keluar Bawa gula masuk ke sel Untuk jadi tenaga Makan gula lagi Insulin keluar lagi Sel tak sudi terima gula Gula masih banyak dalam sel Sel overflow Insulin simpan gula tadi ke hati, jadi glikogen Simpan juga gula di otot Gula ini simpanan masa depan Guna masa puasa atau kecemasan Makan gula lagi Gula di sel penuh Gula di hati penuh Gula di otot penuh Insulin tukar gula jadi sel lemak Simpan di hati, jantung, buah pinggang Simpan di abdomen perut Makan gula lagi Sistem badan dah penat kerja Obes Hati berlemak Kecing manis Darah tinggi Salur jantung tersumbat # FaizCukupManis

PULAU CHNSOM

Imej
CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 4 DARIPADA 4 13 JULAI 2019 (HARI TERAKHIR) Aku terjaga daripada tidur ketika jam menunjuk ke pukul 6.00 pagi. AP di sebelahku masih lagi nyenyak diulit mimpi semalam mungkin. Lenanya tampak tenang dek keletihan semalam. Semalaman aku memeluk AP kerana aku dibayang risau andai pabila mataku dibuka pagi itu AP tiada di dalam gulungan selimut tebal. Mungkin AP telah hilang di sebalik pokok-pokok hutan. Atau mungkin AP telah hilang di dasar tasik. Tapi pagi itu aku masih boleh menarik nafas lega kerana AP masih kekal di sisiku dalam gulungan selimut ditaja, kekal bernafas tenang dalam mainan tidur palsu. Keadaan sekeliling mula hidup oleh bunyi suara-suara kecil semua peserta yang mula membuka mata pagi dan bunyi tapak kaki yang mula melangkah ke sana sini dalam kawasan tapak kem dengan pelbagai arah tujuan. Aku terus mengambil wudhu’ dengan air dingin pagi itu sebelum segera...

PULAU CHNSOM

Imej
CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 3 DARIPADA 4 12 JULAI 2019 (HARI KEDUA) Pagi itu semua dikejutkan dengan suara Ustaz pada jam 5.30 pagi mengajak semua bangun bersedia untuk solat Subuh berjemaah. Masing-masing baru kelihatan perlahan-lahan bangun dari tempat tidur dan suara-suara kecil mula kedengaran dari semua khemah penginapan. Waktu itu semua peserta sedang bercakap-cakap di mana mahu mengambil wudhu’ untuk solat Subuh pagi itu kerana keadaan dan suasana pagi yang sangat sejuk. Akhirnya mereka terpaksa dan mengalah jua untuk menapak turun ke tepi tasik untuk mengambil wudhu’ seperti kebiasaan mereka semalam. Air tasik yang sejuk itu mencengkam ke tulang dan menggetarkan seluruh sendi tubuh, tetapi pagi itu perlu dilalui jua. Selesai solat Subuh semua peserta berkumpul untuk mendengar kuliah Subuh sehingga jam 7.00 pagi dan kemudiannya terus bersiap untuk senaman pagi. Pagi itu juga seusai Subuh aku ...

PULAU CHNSOM

CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 2 DARIPADA 4 11 JULAI 2019 (HARI PERTAMA) Seawal jam 7.00 pagi kami mula berkumpul di dataran untuk sedikit taklimat, semakan kehadiran, pembahagian barang kepada 9 kumpulan dan sarapan pagi sebelum mula bergerak ke jeti Gubir menaiki kenderaan yang telah disediakan. Jumlah peserta yang ramai menyebabkan kami terpaksa membahagi tugas dan giliran untuk ke Pulau Chnsom. Sebelum bergerak ke Pulau, kami membuat aktiviti gotong-royong di sekitar jeti dan semua kumpulan ditugaskan membersihkan kawasan mengikut tempat yang telah ditetapkan. Sebanyak 30 beg plastik sampah besar digunakan untuk tujuan gotong-royong ini. Kemudian beberapa buah kenderaan lain tiba di jeti membawa bot tambahan untuk kegunaan pengangkutan kami ke Pulau tersebut. Waktu yang direkodkan ketika itu adalah pada jam 10.30 pagi. Usaha menurunkan 2 bot tambahan ke pesisir tasik Gubir memberi pengalaman baru...

PULAU CHNSOM

Imej
CATATAN PENGALAMAN KEMBARA ANAK WATAN PULAU CHNSOM GUBIR SIK KEDAH 11-13 JULAI 2019 (KHAMIS –SABTU) EPISOD 1 DARIPADA 4 10 JULAI 2019 (RIKI) Pagi itu aku dan sebahagian peserta mula kemaskan semua barang dan peralatan untuk dibawa lebih awal ke tapak kem di Pulau Chnsom bagi melancarkan pergerakan kami pada esok hari. Dengan bantuan kenderaan polis (joint venture), kami memuatkan semua peralatan major untuk ke kem termasuk peralatan memasak untuk hampir 140 peserta kesemuanya. Pagi itu sebahagian peserta yang membantu menaiki beberapa jenis kenderaan untuk ke jeti di Gubir. Dalam kes aku, aku menumpang kenderaan FAS yang sama-sama menjalankan tugas riki dan pengangkutan, si AA juga sama menumpang kenderaan FAS. Disebabkan kami bergerak awal, maka kami membuat lencongan sekejap ke kawasan dusun pertanian berdekatan untuk mencari peluang merasa dan membeli buah durian. Sampai di kawasan tersebut, kami terus menuju ke arah pekerja-pekerja yang sedang mengopek durian untuk diisi...