Sultan Perak
Ketika Kesultanan Melaka jatuh kerana serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar, Riau dan Baginda mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda Sultan mempunyai tiga orang putera, bernama Raja Alauddin Riayat Shah, Raja Mudzaffar Shah dan Raja Ahmad Shah. Yang sulung telah mendirikan Kesultanan Johor, sedangkan yang kedua dijemput untuk memerintah Perak dan ditabal menjadi sultan. Sultan Perak ketika ini adalah berketurunan daripada Kesultanan Melaka Sultan Mudzaffar Shah I (Pengasas Kesultanan Perak) 1528 - 1549 Sultan Mansur Shah I 1549 - 1577 Sultan Ahmad Tajuddin Shah 1577 - 1584 Sultan Tajul Ariffin Shah 1584 - 1594 Sultan Alauddin Shah 1594 - 1603 Sultan Mukaddam Shah 1603 - 1619 Sultan Mansur Shah II 1619 - 1627 Sultan Mahmud Shah I 1627 - 1630 Sultan Sallehuddin Shah 1630 - 1636 Sultan Mudzaffar Shah II 1636 - 1653 Sultan Mahmud Iskandar Shah 1653 - 1720 Sultan Alauddin Mughayat Shah 1720 - 1728 Sultan Mud...