Abu Talhah dengan solatnya

Abu Talhah r.a. pada suatu hari, sedang mendirikan solat di dalam kebunnya. Tiba-tiba perhatianya telah tertarik kepada seekor burung yang telah sesat di antara timbunan daun-daun yang tebal. Matanya mengikuti gerak-geri burung itu sehingga ia terlupa bilangan rakaat yang telah dilakukannya. Kelalaianya telah menimbulkan kekesalan yang tidak keruan di dalam hatinya. Selepas menghabiskan solatnya itu, dia berjalan ke arah rumah Nabi. Setiba di hadapan Nabi, dia pun berkata: "Ya Rasulullah, kebunku telah menyebabkan aku lalai dalam solat. Aku mendermakannya pada jalan Allah. Tolonglah pergunakannya dengan cara sebaik-baiknya." Peristiwa yang hampir-hampir sama telah berlaku kepada salah seorang Ansar. Dia telah mendirikan solat dalam kebunnya. Tiba-tiba matanya terpandang kepada buah-buah yang telah masak ranum yang bergantungan di dahan pohon-pohonnya. Ini menyebabkan ia lupa bilangan rakaat yang telah dilakukannya. Hatinya sedih tidak terkira. Ansar itu membuat keputusan un...