Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Kasih sayang

Imej
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia memperhubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang). Salam...blog muaz  akan berehat seminggu, muaz balik kampung kat lumut, pas tu gi kursus kat kelang....Assalammualaikum.

Contoh

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.

Rahmat

Imej
            Seorang hamba Allah telah beribadah kepada Allah SWT, selama lima ratus tahun.   Pada hari kiamat, Allah Taala berkata kepadanya:   “Wahai hamba-Ku, masuklah syurga dengan rahmat-Ku”.   Lalu lelaki itu menjawab:   “Wahai Tuhan, masukkanlah aku ke dalam syurga kerana amalanku.”             Maka Allah memerintahkan agar ditimbang segala amalan hamba itu dengan satu nikmat sahaja iaitu nikmat penglihatan.   Ternyata bahawa berat timbangan nikmat penglihatan itu sudah menyamai seluruh berat amal ibadahnya selama lima ratus tahun, sedangkan   masih banyak nikmat yang ada padanya yang belum ditimbang.   Lalu Allah Taala memerintahkan agar hamba itu dibawa masuk ke neraka.   Ketika itu barulah dia sedar, lalu memohon dan merayu:   “Ya Tuhanku, aku tersilap, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan Rahmat-Mu.” ...

pemimpin

Imej
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? Baginda s.a.w. menjawab, hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.

Dakwah dengan hikmah

Imej
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil di dalam masjid, lalu orang ramai pun bangun hendak bertindak ke atasnya. Maka rasulullah s.a.w bersabda : Biarkan dia (selesai) dan siramkan air ke atas kencingnya itu. Sesungguhnya kamu diperintah untuk memberi kemudahan, bukan untuk mendatangkan kesusahan.  (sumber rujukan e-hadis / jakim)

3 Amalan

Imej
Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah."

Lapang

Imej
Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim daripada satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari pada kesusahannya pada hari kiamat" riwayat muslim.

Solat

Imej
Sabda Nabi s.a.w : "Solat itu tiang agama. Siapa yang meninggalkannya, sungguh ia telah merobohkan agamanya"

Ingat Allah

Imej
  Abu Darda r.a berkata : "Kamu hendaklah mengingati Allah dalam kesenangan dan kelapangan nescaya Allah mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan."

Gelap malam

Imej
  Al-Hassan Al -Basri berkata: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya jika mendekati hari kiamat banyak fitnah dan ujian bagaikan padatnya gelap malam, orang akan mati hatinya sebagaimana mati badannya. Seorang pagi-pagi mukmin dan petangnya kafir, atau petang-petangnya mukmin tiba-tiba pagi-pagi kafir, banyak orang menjual agamanya dengan benda dunia yang sedikit" Muaz dapat komen dari sorang sahabat, komen tu rasanya berat sangat untuk muaz ..... macam manapun terima kasih, atas komen tuan. 3 sebab saya suka blog muaz: 1.mendidik 2.himpunan nasihat berguna 3.peringatan (jom singgah kat keli oh keli)

Tiga orang

Imej
Tiga jenis orang yang menanam kebencian dan murka untuk dirinya sendiri di dalam hati manusia, bahkan mereka telah merobohkan apa yang mereka bangun, iaitu : orang yang sibuk mencari kesalahan orang lain. orang yang sombong atau bangga diri. orang yang riyak dalam amal perbuatannya. Dan tiga jenis orang yang menanam cinta sayang dalam hati manusia, dan mereka akan mencapai keselamatan dan kedudukan yang tinggi : orang yang berbudi baik. orang yang ikhlas dalam amal perbuatannya. orang yang merendah diri (tawadhuk).

Ilmu tanpa amal

Imej
" Mati ilmu  kalau tidak beramal dan mati amalan kalau tidak ikhlas." " Ilmu tanpa amal sia-sia dan amal tanpa ilmu pula adalah gila"           Imam Al-Ghazali

Dosa

Imej
Seorang ulamak berkata: Saya telah berbuat dosa dan saya tetap menangis kerananya sejak empat puluh tahun.  Ketika ditanya"Dosa apakah yang telah engkau perbuat itu?" Saudaraku telah datang bertemu kepadaku, maka aku membeli ikan untuk makan bersama, tiba-tiba aku berdiri sedangkan dia masih makan, dan aku mengambil tanah dari kebun tetanggaku untuk membersihkan tanganku. Rasulullah s.a.w bersabda: Dosa yang besar di sisi Allah ialah yang dianggap remeh (kecil) oleh manusia, dan dosa yang sangat kecil di sisi Allah ialah dianggap besar oleh manusia.

Gentar

Imej
Rasulullah s.a.w bersabda : "Jika merasa gentar hati seorang mukmin kerana takut kepada Allah maka runtuh dosa-dosanya bagaikan daun kering yang gugur dari pohonnya"
Imej
Anak-anak ku, yang dikasihi.... "Jagalah solat, betulkan solat kamu, di akhirat nanti solatlah yang akan di periksa terlebih dahulu....Bila solat tertolak, kebaikan lain walau menggunung tinggi tidak ada nilainya......" (pesan seorang ayah) pesanan dari empunya blog: muaz demam, tak berapa larat nak pergi melawat blog rakan-rakan....selamat berblog dan jangan tinggal solat

Sampah

Imej
"Rendahkan hatimu, tinggikan cita-citamu, kerana orang yang tidak mempunyai cita-cita adalah ibarat sampah yang terapung di tengah-tengah lautan"                                   (Hukamak)

Seribu tahun

Al-Hasan Al-Basri adalah seorang yang soleh dan kuat beribadat, suatu hari ia berkata: Akan ada seorang yang diseksa dalam neraka selama seribu tahun kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Kemudian Al-Hasan berkata "Aduhai sekiranya akulah orang itu" mari kita pikir sama-sama, macam mana dengan amal ibadat kita....

Paling

Imej
Sesungguhnya kekayaan yang paling tinggi nilainya ialah fikiran, Kemelaratan yang paling parah adalah kebodohan, Kesepian yang paling menakutkan ialah perasaan bangga pada diri sendiri, dan keturunan yang paling mulia ialah budi pekerti yang luhur.(Saidina Ali Abi Thalib)

Nilai

Imej
Hatim Az-zahid berkata: Empat perkara, tidak diketahui nilainya kecuali oleh empat. Nilai muda tidak diketahui, kecuali oleh orang yang telah tua. Nilai kesihatan tidak diketahui, kecuali oleh orang yang sakit. Nilai sejahtera (keselamatan) tidak diketahui, kecuali orang yang terkena bala. Nilai hidup tidak diketahui, kecuali oleh orang yang sudah mati.

Mendapat doa Malaikat

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”(Al-Anbiyaa’ 26-28) 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘” 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, ...

3 tanda

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Pemaafnya sahabat

Suatu hari, ketika Qais bin Asim duduk berehat, masuklah jariahnya (hamba perempuan) membawa pemanggang besi berisi daging panggang yang masih panas. Tanpa disengajakan besi pemanggang itu terlepas dari tangannya, lalu menimpa anak kecil Qais. Anak itu menjerit kesakitan, lalu meninggal dunia. Qais menghadapi kejadian menyayat hati itu dengan tenang. Dia sedar semua itu takdir Allah. Dia memandang kepada jariahnya yang pucat lesi dan mengeletar ketakutan itu lalu berkata "Aku bukan saja tidak marah kepada mu, tetapi mulai hari ini aku merdekakan kamu"

Paling mulia

"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu" (Surat al-Hujurat:13)

Cinta dunia

Imej
Abu Ubadah Al-Asadi berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : Siapa yang telah meresap dalam hatinya cinta dunia maka terikat hatinya dengan tiga : Kesibukan yang tidak akan terlepas kesukarannya. Angan-angan yang tidak ada hujung puncaknya Kerakusan yang tidak dapat mencapai kekayaan atau kecukupannya.

Kamu

Seorang ahli sufi, Ibrahim bin Adham pernah ditanya oleh penduduk basrah mengenai nasib mereka yang masih serupa.Walaupun selalu berdoa kepada Allah. Ibrahim Adham menjawab: Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak memenuhi hak-hak-Nya (hak Allah adalah: mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya). Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kamu tidak mengikuti sunnah baginda. Kamu membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak mengamal isi kandungannya. Kamu mengaku syaitan adalah musuh, tetapi kamu patuh kepadanya. Kamu berdoa dijauhkan dari api neraka, tetapi kamu mendekatinya dengan selalu berbuat maksiat. Kamu berdoa semoga dimasukkan ke syurga, tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya. Kamu mengatahui bahawa kematian itu pasti, tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapinya. Kamu selalu membuka keaiban saudara kamu, tetapi kamu tidak melihat keaiban diri kamu sendiri. Kamu makan segala rezeki dan nikmat Allah, tetapi kamu tidak mensyukurinya Kamu mengebumikan jen...

Lemahkan akal

Yang boleh melemahkan akal : Ingkar kepada perintah Allah. Derhaka kepada Ibubapa juga Guru. Suka kepada perkara yang sia-sia dan melalaikan. Rasulullah s.a.w berpesan kepada Abu Zar, maksudnya: "Wahai Abu Zar, tidak dinamakan seseorang itu berakal jika akalnya tidak digunakan untuk berfikir dan tidak ada usaha yang dianggap bermanfaat melainkan berakhlak mulia." (riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Hibban) Wallahualam

Orang paling gagah

Dalam kitab bimbingan mukminin karangan imam Ghazali, Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang paling gagah Antara kamu ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah dan orang yang paling bersopan santun pula ialah orang yang memberi maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalasnya"

Tingginya sifat pemaaf...

Pada suatu hari, Zainal Abidin bin Husain cicit Nabi Muhammad s.a.w bersama pengikutnya sedang berjalan menuju ke masjid. Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampiri mereka dan mencerca Zainal Abidin. Pengikut-pengikut Zainal Abidin merasa marah dan hendak memukul lelaki itu tetapi ditahan oleh Zainal Abidin. Zainal Abidin berkata kepada lelaki itu, "Saudara, saya ini lebih banyak buruknya daripada apa yang saudara cerca. Apa yang saudara tidak tahu  mengenai diri saya lebih banyak daripada saudara tahu. Kalau saudara handak tahu apa yang saudara belum tahu, saya boleh sebutkan," kata Zainal Abidin merendah diri. Mendengar kata-kata Zainal Abidin itu, lelaki itu tunduk malu. Kemudian Zainal Abidin mengeluarkan duit dari sakunya dan memberikan kepada lelaki itu seribu dirham. Lelaki itu mengambil duit itu dan memuji sifat pemaaf Zainal Abidin. "Saya mengakui pemuda ini cicit Nabi Muhammad s.a.w," kata lelaki itu sambil beredar.

Telitinya Nabi

Imej
Pada suatu malam Nabi s.a.w tidak dapat melelapkan matanya.Nabi memusing badannya kekiri dan kanan, namun mengantuk tidak juga. Isterinya bertanya,"Mengapa tidak boleh tidur ya Rasulullah?" Nabi s.a.w, "Ada sebiji tamar, terletak disuatu tempat tadi. Kerana takut ianya terbuang, aku telah memakannya.Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin." Buah tamar yang Nabi s.a.w makan mungkin kepunyaan beliau sendiri. Tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantar sedekah mereka ke rumah Nabi s.a.w untuk dibahagi-bahagikan oleh Nabi s.a.w sendiri, perbuatan memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan dalam hatiNya. Demikianlah ketelitian Nabi s.a.w mengenai sesuatu yang dilakukanNya. Bagaimana pula dengan keadaan kita sekarang?. Ada di antara kita memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan. Wallahualam. Rujukan: Himpunan kitab-kitab Fazaile-Amal

Ilmu

Imej
Sabda Nabi s.a.w : "Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengar, atau orang yang cintakan ilmu. Jangan jadi orang yang kelima iaitu orang yang benci kepada ilmu. Nescaya kamu akan binasa." Saiyidina Ali bin Abi Talib berkata : "Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum dan harta terhukum. Harta berkurang apabila dibelanja tapi ilmu akan bertambah apabila digunakan."