Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Puasa

Imej
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar-Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah.......amin Selamat menunaikan ibadah puasa

Cuma

Imej
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :  Hidup dalam keredhaan ALlah. Hidup dalam kemurkaan ALLAH. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga Sumber : Hamba Allah

Jabatan

Imej
Iman : Assalamualaikum, bos Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker? Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi.. Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..   Iman : Takdelah, kami lihat banyak sangat pekerja tambahan tuan ambil dari jabatan Dosa…..jadi kami rasa terpinggir Diri : Entahlah, dalam sebulan dua ni, saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak jugak duit saya habis...entahlah... Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, zikir, sedekah, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka.. Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira.. Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah den...

Padang pasir

Imej
Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilah akan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah s.a.w. melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Nabi Muhammad s.a.w. langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w. menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain. Rasulullah s.a.w. mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah s.a.w.   meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau, Rasulullah s.a.w.   telah diizinkan. Rasulullah s.a.w.   mulailah berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah s.a.w.   telah sampaikan kebesaran Allah s.w.t. dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mend...

Takwa

Imej
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan persiapkanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah ketakwaan, bertakwalah kepada Aku (Allah) wahai orang yang berfikir. (surah al-Baqarah: 197)

Jahat

Imej
   Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya:”Sesungguhnya nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya ‘si penjahat kecil’. (Muslim)    Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, “Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.' Lalu dijawab oleh burung tersebut, “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama a...

Makmum

Imej
"Sederhanakanlah solat dan perkirakanlah kemampuan (makmum) dengan kelemahan mereka. Di antara mereka ada orang tua, anak kecil, orang sakit, orang tempat tinggalnya jauh dan orang yang berkepentingan." Ibnu Majah

Harta

Imej
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya.” (Muslim) Huraian 1. Harta sebagai salah satu amanah yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat manusia haruslah disyukuri dengan cara membelanjakannya di jalan yang diperintah oleh agama. Itulah bekalan amalan yang akan dibawa di akhirat kelak. 2. Keserakahan akibat daripada terlalu cinta terhadap harta akan menjadikan seseorang itu mendapat kemurkaan daripada Allah sebagaimana yang telah berlaku terhadap Qarun yang ditelan bumi bersama-sama dengan harta-harta yang dimilikinya. 3. Bagi mengekalkan keselesaan dan kebahagiaan di dunia, Islam menolak beberapa tabiat buruk yang boleh mengancam kesejahteraan hidup dan menukarnya dengan sekelip mata daripada senang kepada susah, daripada hidup mewah kepada menderita dan papa kedana iaitu...

Senjata

Imej
"Sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Nabi SAW bersabda: Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya." Diuji dengan nafsu, senjatanya hati.. Diuji dengan hati, senjatanya akal.. Diuji dengan akal, senjatanya ilmu.. Diuji dengan ilmu, senjatanya iman.. Diuji dengan iman, senjatanya takwa... Sumber: Hamba Allah (syukran ya akhi)

Kawal

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju. Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan...

Keldai

Imej
Pada suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor keldai, manakala anaknya pula mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang berdiri di tepi jalan pun berkata, 'Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia duduk menaiki keldai sedangkan anaknya pula dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan kata-kata dari orang ramai maka Luqman pun turun dari keldainya dan diletakkan anaknya di atas keldai.Luqman pula berjalan kaki. Melihat keadaan itu, ada pula orang di pasar  berkata, "Sungguh biadap budak itu, Orang tuanya dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia menaiki keldai." Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang keldai bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang lain pula berkata lagi, "Lihat dua orang itu menunggang seekor keldai, alangkah siksanya keldai itu membawa beban yang berganda." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqm...

Pengemis

Imej
Seorang raja bersama pengiringnya keluar dari istananya untuk menikmati udara pagi. Sedang menikmati  udara pagi, datang seorang pengemis. Raja menyapa pengemis ini: Apa yang engkau inginkan dari dariku? Pengemis itu tersenyum dan berkata: Tuanku bertanya, seakan-akan tuanku dapat memenuhi permintaan hamba. Raja terkejut, ia merasa pelik: Tentu saja aku dapat memenuhi permintaanmu. Apa yang engkau minta, katakanlah! Maka dijawab pengemis: Berfikirlah dua kali, wahai tuanku, sebelum tuanku menjanjikan apa-apa. Rupanya pengemis itu bukanlah sembarang pengemis. Namun raja tidak merasakan hal itu.Timbul rasa angkuh dan tak senang pada diri raja, kerana mendapat nasihat dari seorang pengemis. Sudah aku katakan, aku dapat memenuhi permintaanmu. Apapun juga! Aku adalah raja yang paling berkuasa. Pengemis itu menghulurkan mangkuk : Tuanku isilah apa yang tuanku hendak bagi kepada hamba di dalam mangkuk ini… Raja menjadi geram mendengar kata-kata pengemis dihadapannya....

air tin

Imej
Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka.Pastu mereka pergi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.   Kadi tanya kat perempuan tu.. "kenapa puan rasa paling layak   bela anak ini ? Perempuan tu jawab.. "saya yang mengandungkan anak tu, saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."   Si suami (ex-suami) terkedu sebab dia tau lepas ni kadi akan tanya dia pulak. "ahhh...sudah...apa benda aku nak goreng kadi tua nih...." Kadi pun tanya si suami.."hah,kamu...bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"   "Tuan kadi, saya ada singgit dan saya masukkan  dalam mesin air tin, pastu saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah satu tin air minuman. Saya nak tanya tuan kadi, air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?" Jawab kadi.."hak kamu le.." Si ex-suami tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan tuan...kan....

Kota

Imej
Pada suatu masa dahulu ada seorang raja, ia membina sebuah kota yang lengkap dengan kemudahan serta penuh dengan kemewahan. Kemudian raja itu pun mengundang rakyat-rakyatnya serta pembesar negara untuk berpesta ria menyaksikan keindahan dan kehebatan kota itu. Pada setiap pintu, pengawal diperintahkan untuk menyoal setiap pengunjung adakah kota itu ada cacat cela dan kekurangan. Hampir seluruh pengunjung yang disoal, memberi jawapan bahawa kota itu tidak ada cacat celanya. Cuma ada sebahagian kecil pengunjung menjawabnya bahawa kota itu ada dua kekurangan. Mereka ditahan dan dibawa mengadap raja. "Apa lagi cacat dan cela kota ini?" soal raja. "Kota ini akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab salah seorang dari mereka yang di bawa mengadap raja. Soal raja lagi, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada tuanku...bangunan yang tidak rosak dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apa...

Percaya

Imej
KAMBING DAN ALAT TENUN Imam Ahmad telah memberitakan dari Humaid bin Hilal, dia berkata: "Ada seorang lelaki yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. Dia bercerita: "Suatu ketika aku datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu aku menjual semua barang-barang yang aku bawa. Aku berkata kepada diriku: "Mengapa aku tidak pergi kepada orang lelaki yang membawa ajaran baru itu, barangkali aku dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk aku bawa kembali bersamaku?! Aku pun pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk bertanya sesuatu, lalu Rasulullah s.a.w. menunjuki arah sebuah rumah, katanya: "Ada seorang wanita yang tinggal di rumah itu . Pernah dia mengikut tentera Islam berjihad, dan ditinggalkannya 12 ekor kambingnya dan sebuah alat tenunan yang digunakannya untuk menenun pakaian. Apabila dia kembali dari berjihad, didapati kambingnya hilang seekor, dan alat tenunannya pun hilang. Dia merasa se...

Tembikai

Imej
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.h telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ...

Limau

Imej
Rasulullah SAW dengan sebiji limau. "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada...

Perang tabuk

Imej
PADA ada suatu hari, Rasulullah dan para pengikutnya telah bermusafir untuk menghadapi Perang Tabuk. Sebelum meneruskan perjalanan, mereka singgah di suatu tempat untuk beristirehat. Sambil beristirehat, para sahabat berjalan-jalan menuju ke satu longgokan batu-batan. Batu-batan itu adalah kesan peninggalan kaum Tsamud pada zaman Nabi Saleh. Ketika melalui kawasan tersebut, mereka menjumpai beberapa buah perigi. Perigi-perigi itu pernah digunakan oleh kaum Tsamud sebagai sumber minuman dan ternakan mereka. Lalu para sahabat mengambil air dari perigi itu untuk menghilangkan dahaga. Mereka juga menggunakan air tersebut untuk mengadun roti. Apabila Rasulullah mengetahui tentang perkara tersebut, baginda melarang mereka menggunakan air itu. Baginda juga menyuruh para sahabat supaya membuang adunan roti itu untuk dijadikan makanan unta. Kemudian Rasulullah mengajak pengikutnya berpindah ke perigi yang pernah digunakan oleh unta Nabi Saleh. Walau bagaimanapun, baginda melarang ...