Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Bubur Kacang

Bahan2    250 g kacang hijau 1 ketul gula melaka 1 helai daun pandan 1 kotak santan 1 liter air (tambah jika perlu) Sedikit garam    Cara2 memasak    Rendam kacang selama 3 jam. (Sebaiknya semalaman supaya cepat masak) Masak kacang bersama air sehingga kacang empuk. Letak daun pandan. Setelah kacang empuk Masukkan santan, gula melaka dan sedikit garam. Kacau berterusan sehingga mendidih. Pastikan santan tidak pecah minyk ok. Siap. kredit:Asz Haniey-cookpad  

Biskut y

250 gm butter 4 cawan tepung gandum 1 cawan gula pasir    Campurkan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti  Selepas adunan sebati, tekan ke dalam acuan Y Susun acuan yang telah diisi adunan biskut di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing

KUIH BANGKIT SANTAN

Imej
Bahan-bahan (hidangan untuk 50 biji):   450 gm tepung ubi kayu 50 gm tepung gandum (digoreng bersama daun pandan sehingga garing) 200 gm gula aising 250 ml santan 3 biji kuning telur 2 helai daun pandan   Cara-cara:   1. Goreng tepung gandum, tepung ubi kayu dan daun pandan di dalam kuali hingga terasa ringan. Kemudian sejukkan sebentar dan ayak. Ketepikan sebentar 2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama gula aising sehingga kembang. Masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata 3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga pekat. Jika adunan lembut tambahkan sedikit gandum atau jika adunan kering tambahkan sedikit santan. Dapatkan doh yang tidak lekat di tangan. 4. Canai dan terapkan dgn acuan. Setelah itu, bakar dgn suhu 170 darjah celcius lebih kurang 30 minit 5. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah.   Kredit: iCookAsia

Resepi Apam Puteri Ayu

Imej
Bahan-Bahan :   3 biji telur 1 cawan gula pasir 1 sudu kecik ovelate 2 cawan tepung gandum 1 sudu kecik baking powder 1 cawan santan kotak 1 penutup esen pandan 1 penutup pewarna hijau/kuning/merah   kelapa parut+sedikit garam+sedikit tepung gandum(Gaul sebati. kukus sekejap)   Cara-Cara Menyediakan   Ayakkan tepung bersama baking powder Mixer telur, gula, ovalate dan esen pandan hingga kembang putih. Masukkan santan selang seli dengan tepung. Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang dah kukus tadi dekat dasar acuan.   Tuang adunan tepung paras acuan. kukus 10-15 minit api besar   Kredit Resepi : suhana abdul aziz

RESEPI NASI GORENG KAMPUNG

Bahan-bahannya: ● 3 cawan nasi ● 6 ekor udang, dibuang kulit ● 2 ekor sotong, dipotong bulat ● 3 ulas bawang merah ● 3 ulas bawan putih ● 6 biji cili padi ● 1/2 ikat sayur kangkung ● 1 mangkuk kecil karot, didadu ● 1 sudu besar sos ikan ● 1 sudu besar sos tiram ● 1 biji telur ● 2 ketul fish cake, putong dadu ● ikan bilis goreng ● serbuk lada sulah ● garam dan gula secukup rasa Bahan untuk tumbuk kasar : ● 3 ulas bawang merah ● 3 ulas bawan putih ● 6 biji cili padi Cara memasaknya : 1. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau. 2. Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika. 3. Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng. 4. Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehing...

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Imej
Bahan-bahannya :   ● 1/2 kg siput sedut (basuh bersih dan kerat ekor dia). ● 1 1/2 cawan santan pekat ● 2 btg serai- ketuk ● 5-10 biji cili api - ikut tahap pedas yg kita suka ● 1 keping asam gelugur ● sedikit kunyit hidup ● 1 helai daun kunyit- hiris ● air secukupnya ● garam Cara memasaknya:   1. Tumbuk kunyit dan cili api sampai lumat 2. Masukkan semua bahan dalam kuali masak dgn api perlahan sentiasa kacau agar santan tidak pecah. 3. Tambahkan garam secukup rasa biar hingga masak sumber fb buku masakan

Lempeng Pisang

Imej
BAHAN-BAHANNYA :   ● 6 biji pisang masak - dilecek ● 1 cawan tepung ● 1 sudu kecil serbuk penaik ● biji 1 telur ● Beberapa sudu besar gula ● Kelapa parut dicampur dengan gula dan garam Cara-caranya : 1. Campurkan semua bahan kecuali kelapa. 2. Sebarkan atas daun pisang. 3. Taburkan kelapa di atas dan lipat kepada dua bahagian. 4. Masak dengan sehingga satu bahagian masak. 5. Pusingkan sebelah lain untuk memasaknya. fb buku masakan..

Petua membeli limau nipis

Imej
Buku Resepi Masakan Pilih limau nipis yang baik berdasarkan kulitnya. Kulit limau yang baik berwarna hijau gelap. Kulitnya elok, tidak rosak dan keras. Jangan menekan kulit limau dengan jari kerana kulitnya nipis sahaja. Limau akan rosak.   Ambil sebiji limau dan tinbangkan di atas tapak tangan. Jika terasa berat bererti kandungan airnya tinggi.   Limau nipis yang kulitnya berwarna hijau kekuningan biasanya tidak mengandungi biji.   Limau nipis yang belum dipotong boleh disimpan di tempat buahan-buahan dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Tetapi jika disimpan ditempat salad di dalam peti ais, ia boleh bertahan sehingga 3 minggu.   Limau nipis yang telah dipotong juga boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan membungkusnya di dalam plastik pembungkus. Kandungan zat pemakanan limau nipis : Kandungan asidnya sangat tinggi. Oleh itu ia sering digunakan dalam sajian mentah seperti untuk daging dan ikan mentah.   Ia juga boleh menghilangkan b...

Singgang Daging

Imej
Waktu memasak : 20 minit Saiz hidangan untuk : 2 orang BAHAN-BAHAN: 200gm daging | dihiris kasar 1 liter air 2 biji bawang putih | dihiris halus 1 biji bawang besar | dihiris bulat 20gm halia l dikisar kasar 20gm lengkuas l dikisar kasar ½ sudu makan ketumbar | ditumbuk kasar 2 biji cili kering | dipotong 3 1 keping asam keping Garam & gula secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Panaskan air di dalam periuk. Rebus daging bersama bawang putih, cili kering , halia, lengkuas, ketumbar dan asam keping hingga empuk. 2. Masukkan bawang besar, garam dan gula. Didihkan seketika sebelum diangkat. 3. Sedia dihidangkan. ♡ Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin. Ianya sangat berkesan untuk menangkis perut buncit selepas bersalin.♡ sumber :fb buku resepi masakan  

CUCUR BADAK

Bahan-bahan:- Untuk inti: ½ biji kelapa parut 100 gram udang kering (rendam dan kisar) 1 ulas bawang putih 3 biji bawang merah 7 tangkai lada merah 1 cm halia 1 batang serai 1 sudu teh serbuk kunyit 2 sudu makan gula ½ sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak Untuk doh: 250 gram keledek (rebus dan lenyek) 3 ½ sudu makan tepung gandum ½ sudu teh garam ½ kg minyak masak (untuk menggoreng) Cara-cara menyediakan cucur badak:- Untuk inti: 1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hinggamenggelegak. 2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. Untuk kuih: 1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat. 2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya. 3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. 4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos. Semoga bermanfaat. Selamat men...

NASI AYAM

Imej
Bahan-bahannya : Bahan untuk ayam (direbus) : ● 1 ekor ayam dipotong 8 ● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus ● 2 cm halia, ditumbuk halus ● 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) : ● 1 sudu besar kicap pekat ● 1 sudu besar sos tiram ● 1 cm halia, ditumbuk halus ● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus ● 1 sudu besar kicap cair ● Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi: ● 3 cawan beras ● 4 cawan air rebusan ayam ● 2 sudu besar butter ● 1 cm halia ditumbuk halus ● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus ● Sedikit garam ● 2 bunga lawang* ● 4 buah pelaga* ● 1 kayu manis* ● 1 batang serai ketuk ● 2 helai daun pandan ● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma Bahan untuk sos: ● 5 biji cili merah ● 3 ulas bawang putih ● 2 cm halia ● 1 sudu besar cuka ● 1 sudu teh garam ● 1 sudu teh gula ● 1/2 cawan air rebusan ayam Bahan untuk sup: ● Air rebusan ayam ● 1 biji bawang besar, dikisar ● Rempah sup bunjut ● Garam ● Daun sup dan daun bawang yg dihiris Bahan unt...

RESEPI BAKWAN JAGUNG

Imej
. Bahan2 nya   Jagong 2 tongkol 2 cawan Tepung gandom 2 sudu besar tepong jagong.. 1 sudu garam 1 sudu gula pasir 1 sudu jintan kasar .(tak perlu tumbuk) 1 btg lada besar merah/ lada besar hijau.. 1 sudu besar udang kering 3 biji bawang putih.. 3 biji buah keras. 1 biji bwng besar.. 1 btg lobak merah.. Daun sop/ daun bawang . Cara cara nya.. Bawang putih, buah keras, udang kering cili api merah ditumbuk halus,,bahan2 lain semua dihiris...masukan dlm satu bekas, bersama tepung gandom, tepung jagong,garam dan gula, masukan air, gaul sebatikan.. Air agak2 lah, jgn terlalu cair, perap kan adunan dalam 1 jam dahulu.. Dan goreng...  Selamat mencuba.. Saya halal kan resepi yg dibagi..Terima Kasih.. Kredit Resepi - Hajah Zainab Bt Mawan

Samperit dahlia gold

Bahan-bahan:   250 gm butter 1/2 cawan gula aising 2 sudu besar tepung gandum 1 cawan tepung kastard 2 cawan 1/2 tepung jagung Esen vanila@ esen ros Ceri untuk hiasan Caranya:   Kacau rata butter, gula & esen vanila Guna senduk jangan guna mixer Masukkan tepung gandum dan tepung kastard Kacau sebati Masukkan tepung jagung sikit2 sampai jadi doh yg lembut Masukkan dlm acuan dan tekan Hias dgn ceri Bakar pada suhu 170 selama 20 minit@ ikut oven masing2 Bakar api atas bawah Tips tak nak bg bunga jadi kembang Bila habis tekan jgn terus bakar...biarkan dlm 25 minit baru bakar Selamat mencuba... Kredit Resepi : sharifah zauyah

RESEPI SAMBAL HIJO (HIJAU) SEDAP DAN MUDAH

Bahan-bahan yang diperlukan : 6 biji cili hijau besar 15 biji cili api 6 Bawang merah 4 Bawang putih Ikan bilis ikot citarasa 4 ulas Bawang besar (hiris kasar) Minyak masak Garam Gula Cara memasak: Mula2 Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan cili hijau, cili api, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam kuali. Semua bahan-bahan di atas tak payah dipotong. Tumis bulat bulat. Kemudian Bila bawang dan cili dah bertukar warna, angkat dan toskan bahan-bahan yang ditumis tadi. Masukkan bahan-bahan tersebut dalam lesung batu. Bila kelihatan Agak-agak dah lumat tu, masukkan semula bahan-bahan tadi dalam kuali yang ada minyak bersama api yang sederhana kecil. Kalau nak sambal tu berkuah, bolehlah tambah air (jangan banyak-banyak nanti tak power. Sikit je bagi nampak basah). Akhir sekali Masukkan bawang besar, garam, sedikit gula. Kacau sampai sebati dan sambal hijau sedia untuk dinikmati! Selamat mencuba! Sedap ni!! !

BISKUT JAMBU

kredit.. E- Online Cooking Academy   BISKUT JAMBU 170gm mentega 50gm gula Aising 200gm Tepung gandum 50gm tpg custard kacang tumbuk secukupnya sebiji kuning telur HIASAN   kuning telur + perwana merah secukupnya (satukan) bunga cengkih secukupnya CARANYA   1. Gula aising, mentega & sebiji kuning telur di pukul sehingga kembang. 2. Masukan Tepung gandum & Tepung custard. gaul hingga sebati. 3. Ambil sedikit adunan dan leperkan ditapak tangan. letakkan sedikit kacang tumbuk didalamnya. setelah itu, bentukkan adunan seperti buah Jambu . 4. Untuk hiasan, sapu kuning telur yg telah dicampurkn dgn pewarna merah pada adunan yg siap dibentuk. hiaskan dgn bunga cengkih sbg tangkainya. 5. Bakar adunan selama 15minit pada suhu 150 atau 180 mengikut jenis microwave oven.

Resepi Putu Kacang

Imej
Bahan-bahan   500g tepung kacang hijau 300g gula di mesin halus sedikit air untuk lembabkan tepung supaya senang di terap Cara-cara   1. Gaul tepung dan gula. 2. Percikkan sedikit air hingga tepung dapat ditera. Jgn terlampau lembab, nanti putu akan jadi liat. 3. Perap adunan dlm 1/2 jam 4. Tekan dlm acuan putu kacang. Ketuk sedikit tapi perlahan je, untuk keluarkan putu kacang. 5. Bila dah siap, jemur sekejap atau panaskan oven pada 100 darjah selama 10 minit. offkan oven. masukkan putu kacang kedalm oven dan tutup pintu oven. Biarkan hingga oven sejuk..dlm 1/2 jam. 6. Susun dlm bekas kedap udara. Selamat mencuba

Kebaikan Susu Kambing

Imej
    Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah: Tidak menyebabkan alahan . Membantu sistem imunisasi tubuh . Bersifat alkali . Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan . Membantu sistem penghadaman. Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf) . Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:   > Protein 2.1 kali ganda ...

Susu Kambing

Imej
Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberi tenaga untuk otak. Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Israk Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah SAW telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamar, nescaya binasalah umatmu.” Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu, namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu ju...

PKPB

Imej

Nasik Arab

Imej
Jumpa resepi nasi arab mudah ni. Kte dh try kelmarin mmg sedap. Wpun tnp guna rempah nasi arab yg biasa d jual. Bhn utk rebusan ayam & sup 1 biji tomato 1 sk jintan manis (biji) 1 sk ketumbar (biji) 3 biji buah pelaga 1kiub ayam 1/2 sk serbuk kunyit 1 sk rempah kurma Akar ketumbar Garam Untuk nasi Tumis bwg besar halia & 3 sekwn Ambil air rebusan ayam 1 cwn beras 2 cwn air Sy tumis dgn butter sb xde minyak sapi Sambal arab Cili api & cili merah Tomato Bwg putih Daun ketumbar Garam (Blend + jus lemon) Salatoh Cam dlm gambar. Nenas tu sy tambah je. Garam gula + jus lemon...bkn guna cuka Ayam yg nk bakar tambah bhn perapan ni : Serbuk kari Serbuk cili Sos tiram Garam Brown sugar / madu (sy letak dua²) Minyak masak (2 sdb) Kredit : Norul Azman

CONFLAKES CRUNCHY COOKIES

Imej
Kuih raya paling sedap, mudah dan fav! Kadang tak sampai raya dh licin.. cuba la! Bahan-bahan : • 1 3/4cwn tepung gandum • 1/4 cwn tepung jagung • 1/2 sudu teh baking powder • 2 cawan cornflakes ramas kasar • 200g buttercup (suhu bilik) • 3/4 cwn gula kastor • 1 biji kuning telor Cara-caranya : • Gaul gula & butter lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur & kacau rata... • Masukkan Campuran tepung & baking powder serta cornflakes, gaul sebati... • Panaskan oven selama 10 minit dgn suhu 170°C... • Acukan guna sudu makan adunan dan susun dlm dulang pembakar... • Bakar selama 15 - 20 minit dgn kepanasan atas bawah... • Sejukkan sebelum disimpan dlm balang... kredit: Deekitchen

Resepi Lemang Air Fryer,

Imej
Raya ni dh susah nak beli lemang tepi jalan, maka jom ler kita buat sendiri Bahan: - 6 tin kosong, tin minuman (buang bghn atas) - 18 sudu makan pulut (3 sudu makan X 6 tin pulut) - santan beli Rm5 Cara2... Potong tin ikut ketinggian air fryer masing2. Masukkan daun pisang. Tiap tin masukkan anggaran 3 sudu makan pulut dan santan atas skit dr permukaan pulut.(pastikan pulut direndam 1/2 jam dgn air, then toskan dan rendam pula dgn santan.perasakan dgn garam skit. Masukkan dlm air fryer. Klu xde air fryer blh kukus atau bakar dlm oven.step 1 suhu 160 selama 30 mnt.step ke 2 suhu 180 selama 15 mnt.ikut suka...nak garing lagi blh tambah masa. Masa nak keluarkan dr tin, hentak2 manja dulu...lps tu keluarkan. Kredit: cik gu eyna

Lemang Air Fryer

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: 1 kg beras pulut 1 kotak santan 200ml 1 sudu teh garam Beberapa tin minuman Daun pisang Cara-cara membuatnya adalah seperti di bawah: Basuh beras pulut bersih dan rendam dalam 1 jam. Kemudian basuh dan rendam dengan air santan dan garam dalam 30 minit. Daun pisang simpan dalam tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka). Isikan beras dalam tin dan letak sikit air sampai paras beras. Panaskan  Air Fryer  dalam 5 minit 180०C. Masukkan dalam AF beras pulut yg dah siap dimasukkan dalam tin. Guna suhu 180०C untuk 30 minit. Dah siap jangan keluarkan dulu, biar dalam 30 minit dalam  air fryer  tersebut. Kemudian bolehlah hidangkan lemang tersebut.

bingka labu air fryer

Bahan 2 sebiji labu kecik - (rebus lepas tu lenyek bersama butter 3 sdk) 2 biji telur 2 cawan tepung gandum 1 tin susu cair / Santan 1 cawan gula(boleh kurangkan jika tak suka manis) secubit garam cara 2 campur semua bahan masukkn dlm air fryer suhu 180 masa 20 minit  kredit : Resepi Air Fryer [Malaysia]

kuih tepung torak

Imej
Bahan-bahan utama : 1 Cawan Tepung Beras  2 Cawan Santan  1/2 Cawan Gula  Air Daun Pandan –  asli  Air Kapur  Garam  *secukup rasa  Daun pisang Tali / Getah  Cara membuatnya: Pertama, campurkan Tepung Beras , Santan, Air Daun Pandan, Gula, Air kapur dan juga Garam ke dalam periuk. Kacau adunan di atas dapur, dengan api yang sederhana sehingga sebati dan lekat. Setelah sebati, sejukkan seketika.  Sementara itu, boleh ambil Daun pisang dan gulungkan dengan kayu bulat untuk dibuat kelongsong/torak. Punjut di sebelah bawah dengan mengikatnya dengan tali atau getah. Tuang adunan ke dalam torak. Punjut di sebelah atas dan ikat dengan tali. Rebus torak di dalam air hingga masak. gambar google

Kuih Qasidah

BAHAN-BAHAN 1 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 1/4 cawan gula 1/2 sudu teh garam 1 sudu teh air kapur makan 1 sudu besar minyak sapi (tak letak pun tak apa) BAHAN UNTUK HIASAN 6 ulas bawang merah Secubit garam CARA PENYEDIAAN # Cara Membuat Kuih 1. Bancuh tepung bersama air, gula, garam, air kapur di dalam periuk dan kacau sebati. 2. Masak bahan bancuhan di atas api yang perlahan. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat. Anggaran masa mengacau adalah 15 minit. 3. Apabila telah pekat, masukkan minyak sapi untuk menambahkan rasa lemak kepada kuih dan menjadikannya berkilat. 4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. 5. Ratakan adunan dan tabur bawang goreng bersama sedikit minyak dari gorengan bawang hiasan.   6. Potong apabila sudah sejuk.

Kuih Dangai

Bahan-bahannya: 3 mangkuk kelapa parut putih 1 mangkuk tepung pulut 1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke) 1/2 camt garam halus Cara-cara Membuatnya: Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan.