Puteri Yusof Semalam jam 8:49 PG KAWAL BERAT BADAN, JANGAN SAMPAI HORMON HURU HARA, TAK TERKAWAL Saya kongsi apa yang saya baca dan setakat yang saya paham ye. Ada hormon dalam tubuh kita ni, namanya leptin dan ghrelin. Leptin ni kerja dia bagi signal kat otak bila kita lapar, jadi kita tau lah ok masa untuk makan dah tiba. Leptin dihasilkan dalam sel lemak. Lebih banyak lemak dalam badan kita, lebih banyak leptin dihasilkan. Ghrelin pulak hormon yang tambahkan selera makan, jadi secara normalnya kita akan makan sampai cukup keperluan tubuh kita. Ghrelin dihasilkan di usus, dan signal dari usus tu travel ke otak. Secara umumnya, leptin bertugas untuk kurangkan selera makan, dan ghrelin bertugas untuk tingkatkan selera makan. Bila kedua- dua ni seimbang, kita akan makan cukup untuk keperluan badan sahaja. Tapi mengapa kita makan lebih? Dan mengapa orang overweight/ obes lagi kuat makan, lagi kerap lapar, dan tak boleh handle portion makanan? Pertama, ...